artikel 1
Dalam
sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-
• Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;
• Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;
• Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.
KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Badan Perundangan
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen
adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang
yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal
kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan
hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang
persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan
kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum
dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin
parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan
Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai
ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa
memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa,
baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh
melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik
Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya
diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua
kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan
tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama
bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Dalam
Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab
memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan,
Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan
bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan
atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.
Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.
Dewan
Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda
“telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam
perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan,
perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau
yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai
oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli
mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan
dua orang Senator.
Seorang
Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan
Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini
dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan
seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh
dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun
lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang
jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah
terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan
untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan
yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan
supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau
mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli
Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya
di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk
negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk
Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).
BADAN PEMERINTAH
Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.
Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.
Jemaah Menteri
Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan
b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-
Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-
• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;
• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;
• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Badan Kehakiman
Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi Badan Kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.
Pelantikan Hakim
Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sumber : Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi Tahunan
Jabatan Penerangan Malaysia
Artikel dimasukkan pada : 28 Februari 2011
disedikan oleh Shahira Shamira Binti Ismail
Jabatan Penerangan Malaysia
Artikel dimasukkan pada : 28 Februari 2011
disedikan oleh Shahira Shamira Binti Ismail
No comments:
Post a Comment