artikel 1
Parameswara (परमेश्वर) adalah sebuah nama yang berasal dari bahasa Sansekerta. Parama
berarti “paling berkuasa”, dan Iswara berarti “raja”. Parameswara juga
merupakan nama lain untuk Siwa, salah satu dewa utama dalam agama Hindu. Menurut
Sejarah Melayu, garis keturunan ayah Parameswara adalah dari Kerajaan
Sriwijaya. Sang Nila Utama, penerus raja Sriwijaya, memiliki putra bernama
Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386). Sri Pakerma kemudian memiliki
putra bernama Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Parameswara adalah
putra dari Seri Rana Wira Kerma. Pada tahun
1025, Rajendra Chola, raja Chola dari Coromandel, sebuah kerajaan Tamil Dravida
yang memerintah di wilayah selatan India hingga abad ke-13, dapat menaklukkan
Kedah dari Kerajaan Sriwijaya dan menguasainya. Raja Chola meneruskan
penyerangan dan penaklukannya selama 20 tahun berikutnya ke seluruh imperium
Sriwijaya. Tanda-tanda kebesaran Sriwijaya di Palembang musnah. Serangan ini
mengakibatkan berpindahnya keluarga kerajaan beserta para pengikutnya ke
Kerajaan Melayu Kuno (Melayu Tua), yang lokasinya terletak di Provinsi Jambi
sekarang. Sejak tahun 1286, bekas
wilayah Kerajaan Sriwijaya termasuk Palembang dan Jambi resmi menjadi taklukan
Kerajaan Singasari. Pada tahun 1293, wilayah tersebut menjadi bagian dari
Kerajaan Majapahit, kerajaan penerus Singasari. Parameswara merupakan seorang
putera raja dari Palembang. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan
seorang puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada
bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji
setianya kepada Maharaja Majapahit, yang terus menghantar panglima perangnya
untuk menghalau Parameswara dari Sumatera. Parameswara melarikan diri ke Tumasek,
iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu
itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang
dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik
kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari
kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan
pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura selama
lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun. Pada
pertengahan kurun ke-14, Kerajaan Siam yang pada ketika itu sedang
mengembangkan kuasa jajahannya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu
hingga ke negeri Pahang, telah gagal untuk meluaskan kekuasaannya di Singapura
walaupun beberapa percubaan telah dibuat untuk menyerang Singapura. Ini adalah
kerana pada ketika itu kerajaan Majapahit berada di kemuncak kekuasaannya dan
kekuatannya pula ditakuti oleh kerajaaan lain di kepulauan Melayu. Beberapa
negeri di sepanjang Selat Melaka termasuk Tumasek atau sekarang ini Singapura,
berada di bawah kekuasaan Majapahit. Sebuah angkatan laut Jawa dari Majapahit
pernah menyerang Singapura semasa pemerintahan Parameswara. Setelah mengalahkan
Singapura, mereka telah kembali ke tanah Jawa. Adalah dipercayai bahawa
serangan yang dilakukan oleh Majapahit ke atas Singapura bukanlah faktor
kejatuhan kerajaan Singapura dan larinya Parameswara dari Singapura tetapi
sebaliknya Parameswara terus memerintah kerajaannya yang semakin merosot. Apabila Parameswara gagal menubuhkan sebuah
kerajaan di dua buah tempat di Muar, iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk,
baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung
atau sekarang ini dikenali sebagai Sungei Ujong. Parameswara meneruskan
perjalanannya hingga sampai ke muara Sungai Bertam, di mana baginda telah
menubuhkan kerajaan Melaka dan menjadi pemerintah pertama sekitar tahun 1394.
Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Parameswara masih lagi menganut agama
Hindu. Justeru, penubuhan kerajaan Melayu di Melaka merupakan kesinambungan
daripada kerajaan Melayu di Singapura yang telah jatuh. Selepas Melaka
ditubuhkan, Parameswara mula membangunkan kawasan itu dan mengarahkan
penduduknya untuk bercucuk-tanam dengan tanaman pisang, tebu, ubi keladi dan
lain-lain tanaman sebagai sumber makanan. Baginda sendiri turut menjalankan
perniagaan di Melaka. Dalam masa yang singkat, berita tentang kota Melaka telah
tersebar ke seluruh Malaya, Sumatera, Jawa dan India, yang menyebabkan ramai
pedagang datang ke Melaka untuk berdagang. Dua tahun selepas Parameswara
membuka Melaka, penduduknya telah berkembang seramai dua ribu orang. Tidak lama
kemudian, berita tentang kota Melaka yang menjadi sebuah pusat perdagangan
telah sampai ke China. Yung-Lo, Maharaja China yang memerintah dari tahun 1402
sehingga tahun 1424, telah menghantar utusannya yang bernama Ying Ching ke
Melaka pada tahun 1405. Kedatangan Ying Ching telah membuka jalan dalam
membentuk hubungan persahabatan di antara Melaka dan China. Pedagang-pedagang
Cina mula singgah di pelabuhan Melaka dan mereka boleh dikatakan antara
pedagang yang paling awal menubuh pengkalan di Melaka. Ketika perwakilan dari
Melaka mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja China, baginda telah memuji
Parameswara dan mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah yang sah di Melaka.
Maharaja Yung Lo kemudiannya menghadiahkan Parameswara dengan sebuah lambang
kebesaran, sutera dan sekaki payung kuning sebagai tanda kerabat diraja, serta
sepucuk watikah pelantikan Parameswara sebagai pemerintah Melaka. Melaka
seterusnya diiktiraf sebagai sebuah kerajaan oleh Maharaja China. Perwakilan
tersebut telah pulang ke Melaka bersama sebuah angkatan kapal yang diketuai
oleh Laksamana Cheng Ho, orang Cina yang pertama berlayar dan mengembara ke
kawasan selatan ini. Pada zaman
pemerintahan Parameswara inilah, ramai orang Jawa, India, Cina, Burma dan
lain-lain telah datang untuk menetap di Melaka. Pada tahun 1409, Parameswara
telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Parameswara Iskandar Syah. Dua
tahun kemudian, pada tahun 1411, Parameswara Iskandar Syah bersama
permaisurinya, puteranya serta rombongan diraja seramai 540 orang telah
berangkat ke China mengikuti Laksamana Cheng Ho untuk mengadakan lawatan hormat
kepada Maharaja Yung Lo.
Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan makamnya dipercayai
terletak di puncak sebuah bukit di Tanjung Tuan, yang juga dikenali sebagai
Cape Rachado. Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat
perdagangan yang maju sepanjang pemerintahanannya selama dua puluh tahun.
Baginda juga telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan Maharaja China dengan
menghantar seramai enam orang utusan/perwakilan ke China. Kesultanan Melayu Melaka
diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya
Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1]
apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan
sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad
sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan
Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II
menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka. Menurut
Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja
Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324,
seorang putera Srivijaya dari Bintan bernama Sang Nila Utama telah menawan
Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48
tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China
pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama
Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud “Yang
Dipertuan kepada tiga dunia” melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang,
Bintan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah
Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana
Wira Kerma (1386 – 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara
(1399 – 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan
Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan
diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang
baru. Menurut “Suma Oriental”,
Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja
Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau
menggelarkan dirinya sebagai Mjeura (“orang yang berani”). Ekoran daripada itu,
beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama
Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh
yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak
lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat
Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru. Menurut Sejarah Melayu (“Malay Annals”) yang
dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke
Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di
tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka
cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke
Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk
mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan
persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka
meminta Parameswara menjadi raja. Semasa berburu
di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah
seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan
pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan
tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya,
Parameswara menamakan tempat itu “Melaka”. Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh
Laksamana Yin CHing telah tiba di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi
hadiah-hadiah kebesaran daripada MAharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai
tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas
hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405. Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan
telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah
berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng
Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.
Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan
rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming,
Yung Lo. Pemerintahannya itu
berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan
tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri
rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte
Barbosa yang berkata, “Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai
perdagangan dunia” (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of
Venice.) Faktor-faktor yang menyumbang
kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya
terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung
di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa
pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan
kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
Perkembangan Melaka Raja Iskandar
Syah mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Raja Megat Iskandar
Syah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri
Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran “Sultan Muhammad Shah”
(1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera
bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan
pemerintah sebenarny adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka
tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran
“Sultan Abu Syahid”. Kekanda Raja Ibrahim, Raja
Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai
gelaran “Sultan Muzaffar Syah” (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan
Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh
Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina.
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa
pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan
pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah
ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar.
Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh
Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan
mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini,
Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah
dijadikkan Bendahara dengan gelaran “Bendahara Paduka Raja”. Beliau berkhidmat
di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka
ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu. Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 – 1477) menaiki takhta.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar
yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan
Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan
tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po,
Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan
pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada
tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca
daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil
daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan.
Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar
Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia,
Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di
utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15.
Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan
serangan tersebut telah gagal.
[sunting] Kejayaan Melaka. Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
[sunting] Kejayaan Melaka. Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru
dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli
barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk
Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke
Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun
pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan
tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh
kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah
mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia
Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu
juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami
rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan
tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat
Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika
masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah
empayar luar negeri . Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan
18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan
orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar “Benggali Putih”
oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka
seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan
Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari
Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos
1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso
de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan
membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan
Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota
Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di
pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan
daripada negera China. Kemudiannya,
Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau
Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus
menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya
sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua
gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana
Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa
membuat catuan makanan dari Goa. Pada 1526,
pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya
ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan
mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai
keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud
Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi
sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun
1526.
artikel 2
Pendudukan
Portugal :
Banyak
catatan berkenaan Portugis kurang diketahui kerana kurangnya kajian mengenainya
oleh sarjana tempatan termasuk sukar diperoleh dan ditulis dalam bahasa
Portugis. Terdapat juga sumber yang terhad dan kajian yang diterjemahkan ke
dalam bahasa Eropah lain, namun tidak diterjemahkan dalam bahasa negara di Asia
Tenggara. Hakikatnya, bahasa Portugis dituturkan secara meluas di Asia Tenggara
dan di India pada abad ke-16 dan ke-18. Menurut W. Giese, penggunaan bahasa
Portugis kini hanya terbatas di Macau, Timor Leste dan beberapa bahagian di
India. Penelitian tentang Portugis seharusnya dilihat dalam konteks yang luas
agar gambaran tersebut mewakili zeitgeist atau “pandangan hidup” era Portugis yang
berlangsung di rantau ini.
Sejarah
Melaka tidak dapat dipisahkan dengan sejarah pendudukan Portugis. Meskipun
sudah lebih lima ratus tahun kedatangan Portugis, kesan pendudukannya di Melaka
masih dapat dilihat. Kampung Portugis yang terletak di Ujong Pasir, Melaka
merupakan antara kesan peninggalan yang ditemui. Masyarakat di kampung ini
didapati masih mengamalkan kebudayaan Portugis dan mempunyai sekitar 1500 orang
penduduk daripada hampir 120 buah keluarga. Pesta San Juan dan
Pesta San Pedro adalah
antara aktiviti popular yang diraikan dan mendapat perhatian daripada pelancong
tempatan. Tidak ramai yang mengetahui bahawa perkampungan ini bukan didirikan
sejak tahun 1511, sebaliknya, idea untuk mewujudkan perkampungan ini pertama
kali dikemukakan oleh Fr. J.P. Francois yang merupakan mubaligh agama dari
Perancis dan bukannya Portugis.
Menurut
Margaret Sarkissian, idea mewujudkan perkampungan tersebut terhasil bagi
membantu orang Portugis yang kebanyakannya ahli gereja, miskin dan hidup di
kawasan yang sesak serta bercampur dengan etnik lain di kawasan yang dikenali
sebagaiPraya Lane. Dalam kalangan orang Melayu, mereka
dikenali sebagai orang Serani, Portugis dan Luso-Melayu. Bahasa mereka pula
disebut Jenti Kristang.
Dalam sejarah kolonialisme
Portugis, mereka menggalakkan tentera tempatan berkahwin dengan orang tempatan
dan diberikan bantuan seperti wang perkahwinan dan dijanjikan hak
kewarganegaraan. Portugis juga menjalin hubungan dengan kerajaan Sunda melalui
perjanjian perdagangan khususnya lada serta membangunkan gudang dan kubu
pertahanan di Sunda Kelapa. Mereka seterusnya melakukan pelayaran perdagangan
hingga ke Kepulauan Maluku yang kaya dengan rempah di samping turut singgah di
Madura, Bali dan Lombok. Hasil kerjasama dengan orang Jawa, mereka akhirnya
tiba di Kepulauan Band, sebelum ke Ternate. Mereka dianggap sebagai orang
Eropah pertama menemui Maluku.
Kekalahan Portugis kepada
Sepanyol menyebabkan Sulawesi Utara diserahkan kepada Sepanyol. Apabila
Portugis mengundur diri setelah diusir oleh Belanda melalui VOC, Portugis
menguasai Timor pada tahun 1515 dan secara rasmi berada di bawah jajahan
pentadbiran Portugis pada tahun 1702. Manakala pada tahun 1860, sebahagian
Timor diserahkan kepada Belanda kerana kuasa Belanda merupakan kuasa kolonial
yang kuat ketika itu.
Dalam suasana Portugis
terlibat secara aktif dalam kegiatan perdagangan pada abad ke-17, Belanda telah
menyekat Portugis daripada mempunyai hubungan perdagangan rempah secara
langsung dengan Kepulauan Maluku. Hanya sebilangan kecil sahaja orang Portugis
yang terus tinggal di Maluku dan terlibat dalam perdagangan entrepot di
Makassar. Maka, berlakulah perkahwinan campur dan mereka juga sering membawa
masuk hamba dari Koromandel dan Afrika Timur. Idea dan teknologi baharu seperti
senjata dan calendar diperkenalkan dan berjaya membina jaringan perdagangan
antarabangsa seperti di Macau, Canton, Timur dan Bima. Makassar menjadi Melaka
kedua bagi orang Portugis dan telah dibenarkan untuk membina tempat ibadat
mereka.
Rencana
ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Oktober 2012.
No comments:
Post a Comment