Sunday, 28 September 2014

BAB 2 : PERJUANGAN KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar.  Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang.
Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.
Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’.
Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.
Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.
Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan  rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.
Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta.
http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/sejarah/perjuangan-kemerdekaan

disediakan oleh Roshahida binti Abdullah

BAB 7 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA


BAB 7 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

SUMBER : KEMENTERIAN LUAR NEGERI
DASAR LUAR NEGARA
PENGENALAN DASAR LUAR NEGARA
Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan  tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan  asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya.Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut.
DEFINISI DASAR LUAR NEGARA
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan.OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA
Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di peringkat antarabangsa.
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA

Salah satu prinsip Malaysia ialah ′menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan.Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara tidak langsung perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.

disediakan oleh Roshahida binti Abdullah
OBJEKTIF


  • dapat membina jati diri dan menanam semangat cintakan tanah air
  • mengetahui lebih mendalam sejarah negara
  • berkongsi maklumat mengenai sejarah negara
  • mengetahui pelbagai rintangan yang dihadapi dalam mencapai kemerdekaan
  • sentiasa menjaga dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi daripada titik peluh pejuang 

ISU ISU KEPRIHATINAN NEGARA 


Kepekaan terhadap isu mendorong usaha diambil ringankan beban ummah tertindas

BARU-baru ini masyarakat Islam dikejutkan dengan peristiwa serangan tentera Israel terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza, Palestin. Akibatnya, pertumpahan darah dan kecederaan berlaku kepada sebahagian sukarelawan yang menyertai misi itu. Tragedi ini adalah antara sebahagian isu utama dalam dunia Islam hari ini. Sesungguhnya, ia harus menjadi subjek keprihatinan seluruh masyarakat Islam terutama generasi muda dan belia Islam. Seperti kita sedia maklum, persoalan penjajahan bumi Palestin oleh Israel sudah berlarutan hampir lebih 50 tahun.

Hingga hari ini, jalan penyelesaian terhadap persoalan ini masih buntu. Beberapa usaha damai sebelum ini tidak mencapai penghujung. Umat Islam kini amat kecewa. Di samping isu penjajahan bumi Palestin ini, beberapa negara Islam lain juga masih bergelut dengan pelbagai permasalahan. Masyarakat Islam masih berdepan kemelut perseteruan antaranya di Chechnya, Kashmir, Mindanao dan Pattani di Selatan Thailand. Di Somalia pula masih bergelut dengan permusuhan dalaman yang tidak berkesudahan.

Semua ini adalah antara sebahagian isu semasa yang sedang dihadapi dunia Islam hari ini yang menuntut keprihatinan kita semua. Kita patut bersyukur melihat semangat kepekaan masyarakat Islam di negara ini terhadap persoalan penjajahan bumi Palestin dan penderitaan umat Islam di sana. Kepekaan yang tinggi ini memungkinkan banyak daya usaha dapat kita lakukan bagi membantu meringankan beban kehidupan yang ditanggung oleh mereka.  Di dalam kita meningkatkan tahap kepekaan dan keprihatinan mengenai permasalahan Palestin, kita juga perlu, pada masa sama memulakan usaha kita untuk mendalami kefahaman kita dan meningkatkan keprihatinan kita juga terhadap isu di beberapa negara di dunia Islam lain.
Dengan meningkatkan keprihatinan kita mengenai isu-isu ini, ia akan membantu kita di dalam memahami permasalahan dunia Islam secara keseluruhan. Pada pandangan saya, kefahaman secara menyeluruh mengenai isu dunia Islam ini penting kerana ia akan memandu daya usaha kita secara lebih strategik di dalam menyumbang kepada penyelesaian terhadap semua permasalahan dan cabaran yang didepani.

Secara umumnya, sumbangan penyelesaian kita terhadap permasalahan dunia Islam ini boleh dipecahkan kepada dua pendekatan iaitu menerusi penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Penyelesaian bersifat jangka pendek perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Usaha mengirim bantuan kemanusiaan yang dijayakan oleh pertubuhan seperti Lifeline4Gaza dan Pertubuhan Yayasan Perdana Misi Kemanusiaan adalah antara contoh yang patut diberi pujian dan dokongan.

Usaha lain yang perlu diteruskan ialah langkah memberi tekanan dari sudut perundangan antarabangsa, memperluaskan rangkaian pendukung dan sukarelawan di kalangan masyarakat Islam dan antarabangsa serta memperhebatkan kempen kesedaran masyarakat awam mengenai pelbagai permasalahan yang sedang berlaku.

Selepas ini, daya usaha itu perlu diperluaskan kepada negara Islam lain yang juga sedang berdepan pelbagai masalah. Di samping penyelesaian jangka pendek ini, kita juga perlu menumpukan usaha kita di dalam memberi penyelesaian bersifat jangka panjang. Pada saya, permasalahan yang sedang dialami dunia Islam hari ini perlu ditangani menerusi pendekatan peradaban.

Ini bermaksud, penyelesaian mengenai isu ini harus didepani secara berkumpulan oleh seluruh negara Islam yang mewakili sebuah peradaban besar dan tersendiri. Penyelesaiannya tidak boleh ditangani secara khusus oleh beberapa negara Islam tertentu saja.  Penyelesaian menerusi pendekatan ini menuntut persediaan yang pelbagai dan bersifat menyeluruh. Bagi umat Islam, harapan mereka banyak tergantung kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebagai organisasi induk mewakili seluruh dunia dan peradaban Islam. Pada saya, OIC masih menjadi organisasi paling strategik dan ideal bagi menjalankan cita-cita dan harapan ini.

Namun, sebagaimana kita semua ketahui, untuk setakat hari ini, OIC sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili seluruh dunia Islam masih belum mampu berfungsi sehingga tahap yang paling maksimum di dalam menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini.

Keadaan ini terjadi kerana pelbagai hambatan dan kekangan organisasi itu sendiri selain kepemimpinan yang harus ditangani terlebih dulu. Sekiranya demikian keadaannya, maka kita semua perlu memberi tumpuan di dalam menyumbang ke arah peningkatan keupayaan pertubuhan ini. Usaha pengupayaan ini harus dimulakan dengan langkah mengenal pasti hambatan yang didepani oleh OIC terutama daripada aspek kecekapan dan keberkesanan.

Sebagaimana tabiat organisasi manusia yang lain, pada saya, tumpuan proses pengupayaan harus dimulakan dengan memperkenalkan satu model organisasi yang sesuai dengan realiti dunia Islam semasa, menampilkan barisan kepemimpinan pertubuhan yang berkesan dan diyakini, merangka perancangan jelas dan menyeluruh serta meningkatkan tahap kerjasama serta permuafakatan di dalam pelbagai bidang.

Dalam hal ini, peranan negara Malaysia perlu lebih ke hadapan dalam usaha pengupayaan pertubuhan berkenaan. Ini kerana faktor sumber daya manusia yang kita miliki serta sikap masyarakat yang berpandangan positif terhadap masa depan. Kedua aspek ini adalah asas penting dalam menjayakan sebuah organisasi dunia seperti OIC yang amat kompleks dari segi perwatakan dan perwakilannya.  Menerusi pendekatan jangka pendek dan panjang yang disusun secara teratur dan dilaksanakan secara berhikmah, kita yakin akan dapat menyumbang kepada penyelesaian pemasalahan dunia Islam semasa pada hari ini secara keseluruhan dan berkekalan.

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Sumber: http://www2.bharian.com.my/articles/KemelutduniaIslamperluditangani/Article/
ULASAN
      Hubungan antarabangsa bagi negara Malaysia bukanlah suatau perkara yang baharu kerana Tanah Melayu telahpun mengadakan hubungan yang baik dengan beberapa buah negara pada masa dahulu seperti China, India, Timur Tengah, Jepun dan sebagainya. Setiap negara mempunyai kelebihan tersendiri justeru itu Malaysia perlu bijak mengatur strategi bagi memastikan setiap hubungan luar negara memberi faedah kepada pembangunan negara
CONSTITUTION OF MALAYSIA

Constitution of Malaysia, also known as the Federal Constitution. Malaysian Constitution is a written legal document that formed the basis of two previous documents of the Federation of Malaya Agreement 1948 and the 1957 Independence Constitution Malaysian Constitution was drafted based on the advice of the Reid Commission had conducted a study in 1956 of the Constitution takes effect immediately after independence on August 31, 1957.



agong

The concept of the height of the Constitution are as follows: - 


• Federal Constitution is the supreme law;
• Be a source of all law;
• There is no institution in Malaysia which can overcome the power and the Constitution;
• All laws can not be contrary to the Constitution;
• The Court has the authority to cancel any law passed by Parliament if contrary to the Constitution
• Although the Yang di-Pertuan Agong is the head of state, but he is also subject to the Constitution.


The Constitution established the following purposes, namely: - 


• Establish a fair form of government;
• Prevent the abuse of power by the government;
• Controlling the movement of government and people;
• tools to solve problems;
• Ensuring the history of nation states; and
• Ensuring the security and stability of the country.


Article 131 of the Malaysian Constitution contains a touching various aspects of the rule. The Constitution also contains 16 Part. The sections are: - 

Part I: The States, Religion and the Law for the Federal 
Malaysia is a federation which consists of thirteen states and three Federal Territories. Recognized Islam as the federal religion, but other religions may be practiced in peace and harmony. The Constitution is the supreme law of the federation. Any law that is not in accordance with the Constitution is invalid.

Part II: Human Rights 
This part sets out the fundamental freedoms that we have; the right to life and liberty; freedom from slavery and forced labor; equality before the law; freedom of movement; freedom of speech, assembly and associates; freedom of religion; right to education; and the right to own property.

Part III: Citizenship 
One is a citizen of Malaysia by way; was born here; married to a Malaysian man or have one parent citizen; stay legally in the country for a period of time. Part III also specifies how an
may terminate and deprived of citizenship.

Part IV: Federal 
This section provides a guide to the system of government in Malaysia. Head of federal Yang di-Pertuan Agong is elected by the Conference of Rulers for five years. Rulers composed of all the Kings states and also the President of the states that do not have a King. Part IV also created the Cabinet and the Prime Minister's Office. This section also establishes the parliament consisting of the Yang di-Pertuan Agong and the two Houses of Parliament, known as the House of Representatives and the Senate.

Part V: State-State 
Each state has its own constitution and legislature known as the State Legislative Assembly. State Assembly has the power to enact certain laws. Rulers and Yang Di-Pertua Negeri shall have the right and privilege respectively. Part VI: Relations with the States of the Federal Division state division of powers between the federal and the states. There are things that allow the Parliament to enact laws and there are things that allow the State Assembly to enact laws. There are certain things in which both can make laws.

Part VII: Financial Provisions 
Part VII states that the government can not impose taxes or spend money except by authority of law.

Part VIII: Elections 
Part VIII states our rights as citizens to vote for our leaders. Body assigned to conduct all elections and providing electoral known as the Election Commission. The Election Commission is appointed by the Yang di-Pertuan Agong.

Part IX: Judiciary 
Part IX establish the judicial system in Malaysia and express the things that can and can not be determined by the courts in Malaysia. Part IX also noted how the judges of the High Court, Court of Appeal and the Federal Court appointed.

Part X: Public Services 
This section identifies the civil service in Malaysia, including the police, military and educational services. It also includes members of the public service as a service to the ministry and federal governments and the states. Appointment, promotion and dismissal of civil servants is determined by the "Commissions" and members of the Commissions are generally appointed by the Yang di-Pertuan Agong. Part X also created the Office of the Attorney General.

Part XI: Special Powers Against Subversion, Organised Violence and Criminal Acts And Prejudicial to the Public and Emergency Powers. 
Parliament has the power to enact laws that can turn the other rights in the Constitution during an emergency or for reasons of public safety.

Part XII: General and Miscellaneous 
Malay is the national language. Yang di-Pertuan Agong is responsible for maintaining the special position of the Malays and natives of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of the communities
other. This section also specifies how amendments can be made to the Constitution.

Part XIIA: Additional Protections For Sabah and Sarawak. 
There are special provisions for Sabah and Sarawak, for example reservation of land for the indigenous natives of Sabah and Sarawak.

Part XIII: Provisional and transitional 
This section explains how the law enacted before independence remains in force until Parliament enact a new law to replace them.

Part XIV: Exception To The Rule, etc.., & The Kings
Sovereignty, power, and authority perogratif Kings kept in Part XIV.

Part XV: Proceedings Against the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers.
Under Part XV, proceedings by or against the Yang di-Pertuan Agong or the Rulers should be brought before the "Special Court".


ULASAN:

Malaysian Constitution has two documents Federation of Malaya Agreement 1948 and 1957 Independence Constitution of a document written law the 1957 Independence Constitution in force immediately after its independence on August 31 1957.Perlembagaan Federation is the supreme law plan in being the source of all law -undang.Tiada law can be countered by the Constitution and the courts have the power to cancel any law passed by Parliament if the conflict with Malaysia Perlembagaan.Di no other institution can overcome the power and the Constitution.

Source: Book of Malaysia in 2009, Official Year Book
Department of Information of Malaysia
 Humans need religion at all times 

By: MOHD. Shauki ABD. MAJID
Religion in Arabic called din. In addition to religious means, said means also confident din , power  submission, compliance ,reply, rules and advice. Religion does contain the rules and laws that must be complied with humans. Religion has the power to make people submissive and obedient to God. People submissive and obedient to God will get reward from God, while the non-compliant will get punishment from God.

While science and technology are growing rapidly, people still need religion. Science and technology can not give an answer to the question about the meaning and purpose of human life, which can only be answered by religion.

This means that people, even given the ability of the mind to be able to think about and organize their lives, unable to fully achieve an orderly life without religious rules. This is due to that the mind has certain limitations and is unlikely to achieve the overall truth is, while the rules of religion, as revealed by Allah as the creator of man, can show the real truths, which may not be reached by the human mind.

While this tendency of modern man to return to the religion stronger. Concern that religion will be left turned out to be proven. Religion still needed by humans over time. There are various motivations that make people convert to a religion. People also need clarification on questions about the meaning, origin and purpose of life. The answer to all of that can only be derived from religion.

Formerly many thinkers who predicted that religion would be broken because it is no longer needed by modern humans who were so advanced in science and technology. Then came the people who deny the existence of God, called the atheist.

However, the concern that religion will be abandoned by modern man turned out to be true. Over the last decade occurred resurrection religions all over the world, which is characterized among other things by increasing visits to places of worship, religious talks and publishing religious books.

A view of religion is determined by his understanding of the teachings of the religion itself. The influence of the church in Europe oppress their discovery by scientists who are considered contrary to the scriptures, the scientists finally away from religion even leave.

The question is the subject of the trial we like it or not will continue to emerge. Is religion still relevant to today's life cerminannya as described above? Before responding, must first be answered: Is man able to escape from religion? Or are other alternatives that can replace it?

In the Islamic view, keberagamaan is something inherent in the nature of man and carried from birth. Because religion is appropriate to the nature or identity, then it is certainly practiced by humans, if not from a young age, but by the end of the age.

Pharaoh's tyranny and felt himself to be God even in the end repent and want religion but love because it was too late. Because religion is nature, then it can not and should not be forced. Why should oblige? God does not need the force and eventually even Him and His religion is acknowledged. Is not that the nature of religion?

This means that people can not escape from religion. God created this because religion is a necessity of life. It is so old people can postpone, probably until about the death. But in the end, before the soul leaves the body, it will feel the importance of that need.

Human needs for water could be delayed longer than air requirements. Similarly, people's need for food is much shorter compared to the human need to channel the sexual instinct. Similarly, the human need for religion can be delayed but not permanently.

William James pointed out that humans still have the instinct for anxiety, worry hope, for it is they worship (communion with God). That's why fear is one of the biggest motivations for religion.

Murtadha Muthahhari explains, most of the functions and the role of religion in this life can not be played by science and technology. Obviously, the knowledge to accelerate our goal. Religion determines the way. Humans adapt to environmental science and religion adapts to his identity. Knowledge is the ornament of birth and religion inner decoration. Knowledge gives power and illuminate the road, while the religion of hope and encouragement for the soul.

Knowledge to answer questions that begin with how and religion answered that begin with why. Knowledge is always muddy owners mind while soothing the soul of religion is always sincere adherents. Is not it a fact of life of Western society prove that?

Include human mind, soul and body. No rational mind or territory. Not all issues can be resolved or even facing the mind. Art can not be measured solely by the intellect as a role here is the heart.

In conjunction with the development of science and technology, religion is utterly role, especially if people still want to be a man. Take the example of biotechnology. Human knowledge had come to the limits making it able to do (to dictate or implement) genetics.

Is the success of this will be extended to produce living creatures that can host for the author himself?

Is this good or bad? Who can answer it is the religious values ​​and not art nor philosophy. Even all the sophistication of the latest research will produce (saw) the authority of God. In this regard Allah says in the Quran: Will We showed signs of (greatness) We're in space to prove to them that He (God) is real. (Fussilat verse 53).

So what is expressed by the country's first astronaut Dr. Sheikh Muzaphar Shukur when I first saw the earth from space the first thing that comes to mind is that of admiration for the greatness of Allah the Almighty.

If so, then there is no other alternative that can replace religion. Those who ignore it had created a new religion in order to satisfy his soul. However, without the religious



review

In the Islamic view, keberagamaan is something inherent in the nature of man and carried from birth. Because religion is appropriate to the nature or identity, then it is certainly practiced by humans, if not from a young age, but by the end of the age.

This means that people can not escape from religion. God created this because religion is a necessity of life. It is so old people can postpone, probably until about the death. But in the end, before the soul leaves the body, it will feel the importance of that need.

Human needs for water could be delayed longer than air requirements. Similarly, people's need for food is much shorter compared to the human need to channel the sexual instinct. Similarly, the human need for religion can be delayed but not permanently.

In conjunction with the development of science and technology, religion is utterly role, especially if people still want to be a man. Take the example of biotechnology. Human knowledge had come to the limits making it able to do (to dictate or implement) genetics.


reference

DEMOKRASI BERPARLIMEN

parlimen-2
Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan  demokrasi berparlimen
Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
mizan3
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah mememang jawatan YDA X111 pada 13 Disember 2006
(Sumber: Perpustakaan Foto Jabatan Penerangan Malaysia)
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Sumber: Parlimen Malaysia
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1201-demokrasi-berparlimen.html


DISEDIAKAN OLEH:NUUR QURRATU'AINI BINTI JAMIL

BAB 5 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

 PENDAHULUAN




            Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak  terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli . Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui  identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.

          
       Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan 2020.Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahami , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identiti yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep  1Malaysia.





KEPENTINGAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

           Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang  mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu , kaum Cina dan kaum India . Kaum-kaum ini juga terdiri daripada pelbagai  agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar yang datang dari kepulauan Indonesia. Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, hokien , Kantonis, Teochem dan Hainan. Bagi kaum India pula mereka terdiri dari kasta Maruthuvar,Vanniyar ,Thevar ,Nadar ,Yadhavar dan Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini mempunyai bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.


       Oleh itu  kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga  Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara . Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia  iaitu Datuk Seri Najib bin  Tun Abdul Razak telah menekankan tentang pentingnya perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini diperkukuhkan melalui slogannya iaitu ‘Satu Malaysia’ dengan perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati sesama kaum.



CABARAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

            Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme , sosioekonomi  dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanah Melayu dulu. 


            Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaum dan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas bukti-bukti yang tidak kukuh.Masalah prasangka buruk antara kaum ini bermula dari Era Penjajahan British yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun  yang telah mengamalkan sikap berat sebelah dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada kaum Melayu membabitkan diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kaum Cina .Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina telah mengambil tindakan dengan membalas dendam kepada kaum Melayu ,kesannya berlakulah pergaduhan antara kaum.

          
        Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri dalam bidang politik ,ekonomi dan sosial atau kebudayaan dimana satu-satu etnik memntingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan hubungan yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan negara.Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah yang terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan etnik.


     Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai contoh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Semenanjung Malaysia sukar untuk berhubung dan ia boleh menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.


USAHA INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

       Dalam Perlembagaan terkandung beberapa perkara yang menjurus kepada kesamarataan kaum seperti hak istimewa orang Melayu dan  Bumiputera dan kerakyataan bagi kaum Cina dan kaum India. Bagi hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera adalah bertujuan untuk membangunkan kaum Melayu  demi menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial anata kaum. Kewujudan Akta keselamatan Dalam Negari  (ISA) adalah bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan dalam negeri dengan tujuan utama mencegah daripada sesiapa rakyat membangkitkan isu-isu sensitiv di khalayak ramai bagi menjaga persefahaman rakyat. Penyatuan parti-parti berbilang kaum seperti Barisan Nasional adalah sangat wajar bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan penuh kesamarataan.


     Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum serta etnik.  Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.Di samping itu juga agensi kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR dan FELCRA untuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum bumiputera.


     Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur  dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok  membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan. 
          
     Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.


     Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di negara ini. Sejak RMK pertama  hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan rakyat terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang secara yang mampu.

          
      Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat Malaysia kini telah menyebabkan pertambahan bilangan pesakit. Pelbagai penyakit sama ada kronik atau wabak semakin bertambah di negara ini menyebabkan kebanyakan hospital kerajaan menjadi sesak. Prihatin dengan situasi ini, kerajaan sentiasa menambah bilangan hospital dengan membina bangunan tambahan atau baru. Empat buah hospital baru dan empat yang akan dinaik tarafkan  telah disediakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang memerlukan rawatan.Konsep kebudayaan nasional telah diperkenalkan pada tahun 1970 adalah bertujuan untuk memperkenalkan identity nasional. Di Negara kita kebudayaan nasional adalah berasaskan kebudayaan Melayu di samping menerima unsur-unsur kebudayaan lain . 
          
ASAS PERPADUAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

         Pencapaian penyatupadukan kaum dan etnik di Negara kita jelas Berjaya apabila perkongsian kuasa politik telah terjalin dengan jayanya sebagai contoh dalam UMNO. Begitu juga dalam sistem demokrasi berpalimen yang diamalkan di Negara kita .Setiap ahli politik yang mewakili diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat dari pelbagai etnik ,walau bagaimanapun masih terikat dengan undang-undang yang telah kita setujui bersama ketika perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dulu.  Setiap rakyat juga diberi kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga tetapi masih terikat dengan undang-undang dan peraturan tertentu . Semua ini bertujuan untuk menjaga intergrasi kaum dan hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan muhibah.

           
      Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk integrasi kaum dan hubungan etnik yang mesra .Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan baik dapat meningkatkan perpaduan yang utuh. Disamping itu kerajaan juga dapat mengendalikan program ekonomi yang lebih berkesan, sebagai contoh komuniti kaum Melayu telah semakin maju dalam bidang ekonomi  dan terlibat aktif dalam bidang perniagaan. Melalui DEB yang mempunyai serampang dua mata juga telah Berjaya memenuhi keperluan semua kaum dan etnik dan tidak merugikan sesiapapun.

          
      Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua prasangkaan dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain.


Sumber: http://monas-personakasih.blogspot.com/

DISEDIAKAN OLEH-WAN AIMUNI BT WAN ABD WAHAB