Sunday, 28 September 2014

ISU ISU KEPRIHATINAN NEGARA 


Kepekaan terhadap isu mendorong usaha diambil ringankan beban ummah tertindas

BARU-baru ini masyarakat Islam dikejutkan dengan peristiwa serangan tentera Israel terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza, Palestin. Akibatnya, pertumpahan darah dan kecederaan berlaku kepada sebahagian sukarelawan yang menyertai misi itu. Tragedi ini adalah antara sebahagian isu utama dalam dunia Islam hari ini. Sesungguhnya, ia harus menjadi subjek keprihatinan seluruh masyarakat Islam terutama generasi muda dan belia Islam. Seperti kita sedia maklum, persoalan penjajahan bumi Palestin oleh Israel sudah berlarutan hampir lebih 50 tahun.

Hingga hari ini, jalan penyelesaian terhadap persoalan ini masih buntu. Beberapa usaha damai sebelum ini tidak mencapai penghujung. Umat Islam kini amat kecewa. Di samping isu penjajahan bumi Palestin ini, beberapa negara Islam lain juga masih bergelut dengan pelbagai permasalahan. Masyarakat Islam masih berdepan kemelut perseteruan antaranya di Chechnya, Kashmir, Mindanao dan Pattani di Selatan Thailand. Di Somalia pula masih bergelut dengan permusuhan dalaman yang tidak berkesudahan.

Semua ini adalah antara sebahagian isu semasa yang sedang dihadapi dunia Islam hari ini yang menuntut keprihatinan kita semua. Kita patut bersyukur melihat semangat kepekaan masyarakat Islam di negara ini terhadap persoalan penjajahan bumi Palestin dan penderitaan umat Islam di sana. Kepekaan yang tinggi ini memungkinkan banyak daya usaha dapat kita lakukan bagi membantu meringankan beban kehidupan yang ditanggung oleh mereka.  Di dalam kita meningkatkan tahap kepekaan dan keprihatinan mengenai permasalahan Palestin, kita juga perlu, pada masa sama memulakan usaha kita untuk mendalami kefahaman kita dan meningkatkan keprihatinan kita juga terhadap isu di beberapa negara di dunia Islam lain.
Dengan meningkatkan keprihatinan kita mengenai isu-isu ini, ia akan membantu kita di dalam memahami permasalahan dunia Islam secara keseluruhan. Pada pandangan saya, kefahaman secara menyeluruh mengenai isu dunia Islam ini penting kerana ia akan memandu daya usaha kita secara lebih strategik di dalam menyumbang kepada penyelesaian terhadap semua permasalahan dan cabaran yang didepani.

Secara umumnya, sumbangan penyelesaian kita terhadap permasalahan dunia Islam ini boleh dipecahkan kepada dua pendekatan iaitu menerusi penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Penyelesaian bersifat jangka pendek perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Usaha mengirim bantuan kemanusiaan yang dijayakan oleh pertubuhan seperti Lifeline4Gaza dan Pertubuhan Yayasan Perdana Misi Kemanusiaan adalah antara contoh yang patut diberi pujian dan dokongan.

Usaha lain yang perlu diteruskan ialah langkah memberi tekanan dari sudut perundangan antarabangsa, memperluaskan rangkaian pendukung dan sukarelawan di kalangan masyarakat Islam dan antarabangsa serta memperhebatkan kempen kesedaran masyarakat awam mengenai pelbagai permasalahan yang sedang berlaku.

Selepas ini, daya usaha itu perlu diperluaskan kepada negara Islam lain yang juga sedang berdepan pelbagai masalah. Di samping penyelesaian jangka pendek ini, kita juga perlu menumpukan usaha kita di dalam memberi penyelesaian bersifat jangka panjang. Pada saya, permasalahan yang sedang dialami dunia Islam hari ini perlu ditangani menerusi pendekatan peradaban.

Ini bermaksud, penyelesaian mengenai isu ini harus didepani secara berkumpulan oleh seluruh negara Islam yang mewakili sebuah peradaban besar dan tersendiri. Penyelesaiannya tidak boleh ditangani secara khusus oleh beberapa negara Islam tertentu saja.  Penyelesaian menerusi pendekatan ini menuntut persediaan yang pelbagai dan bersifat menyeluruh. Bagi umat Islam, harapan mereka banyak tergantung kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebagai organisasi induk mewakili seluruh dunia dan peradaban Islam. Pada saya, OIC masih menjadi organisasi paling strategik dan ideal bagi menjalankan cita-cita dan harapan ini.

Namun, sebagaimana kita semua ketahui, untuk setakat hari ini, OIC sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili seluruh dunia Islam masih belum mampu berfungsi sehingga tahap yang paling maksimum di dalam menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini.

Keadaan ini terjadi kerana pelbagai hambatan dan kekangan organisasi itu sendiri selain kepemimpinan yang harus ditangani terlebih dulu. Sekiranya demikian keadaannya, maka kita semua perlu memberi tumpuan di dalam menyumbang ke arah peningkatan keupayaan pertubuhan ini. Usaha pengupayaan ini harus dimulakan dengan langkah mengenal pasti hambatan yang didepani oleh OIC terutama daripada aspek kecekapan dan keberkesanan.

Sebagaimana tabiat organisasi manusia yang lain, pada saya, tumpuan proses pengupayaan harus dimulakan dengan memperkenalkan satu model organisasi yang sesuai dengan realiti dunia Islam semasa, menampilkan barisan kepemimpinan pertubuhan yang berkesan dan diyakini, merangka perancangan jelas dan menyeluruh serta meningkatkan tahap kerjasama serta permuafakatan di dalam pelbagai bidang.

Dalam hal ini, peranan negara Malaysia perlu lebih ke hadapan dalam usaha pengupayaan pertubuhan berkenaan. Ini kerana faktor sumber daya manusia yang kita miliki serta sikap masyarakat yang berpandangan positif terhadap masa depan. Kedua aspek ini adalah asas penting dalam menjayakan sebuah organisasi dunia seperti OIC yang amat kompleks dari segi perwatakan dan perwakilannya.  Menerusi pendekatan jangka pendek dan panjang yang disusun secara teratur dan dilaksanakan secara berhikmah, kita yakin akan dapat menyumbang kepada penyelesaian pemasalahan dunia Islam semasa pada hari ini secara keseluruhan dan berkekalan.

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Sumber: http://www2.bharian.com.my/articles/KemelutduniaIslamperluditangani/Article/
ULASAN
      Hubungan antarabangsa bagi negara Malaysia bukanlah suatau perkara yang baharu kerana Tanah Melayu telahpun mengadakan hubungan yang baik dengan beberapa buah negara pada masa dahulu seperti China, India, Timur Tengah, Jepun dan sebagainya. Setiap negara mempunyai kelebihan tersendiri justeru itu Malaysia perlu bijak mengatur strategi bagi memastikan setiap hubungan luar negara memberi faedah kepada pembangunan negara.

DISEDIAKAN OLEH:YUI NUTSHARI A/P EH WANG

bab 8 pemikiran dan kepercayaan

Syeikh Mahmud Syaltut menyatakan agama merupakan ketentuan Ilahi yang menetapkan prinsip-prinsip umum untuk membimbing urusan manusia bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Di samping itu, agama juga memberi petunjuk kepada kebaikan, kebenaran dan keindahan, serta memantapkan kedamaian dan ketenteraman bagi manusia seluruhnya.
Demikian juga dalam hubungan pemerintah dan agama di negara ini, apabila kita dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang bersangkutan dengan dan negara. Pengisytiharan Malaysia sebagai Negara Islam menggambarkan satu sikap kesederhanaan pemerintah dengan maksud tidak menolak kepentingan sebahagian anggota masyarakatnya yang majmuk. Kita tidak mahu menjadi seperti Algeria yang sebahagian masyarakatnya bermaksud menerapkan ajaran Islam yang ketat dengan mengabaikan pandangan anggota masyarakat lain, sehingga kini mereka masih dilanda kerosakan yang berpanjangan.
Dalam hubungan agama dan pemerintahan, Ibn Taimiyah dalam bukunya As-Siyasah As-Syariyyah: ”Enam puluh tahun di bawah pemerintahan yang zalim lebih baik dari semalam tanpa pemerintahan.” Jelas bahawa agama menekankan perlunya kehadiran pemerintah bagi menjaga keharmonian kehidupan masyarakat, bahkan demi terlaksananya ajaran agama itu sendiri. Justeru tanpa kehadiran pemerintah akan terjadi kekacauan dalam masyarakat.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Pemerintah yang aniaya lebih baik daripada kekacauan.” Memang kedua-duanya tidak baik, tetapi dalam sekian banyak keburukan, harus ada pilihan.
Jangankan dalam satu masyarakat yang besar memerlukan pentadbir, tiga orang yang dalam perjalanan pun dituntut oleh Nabi s.a.w supaya dilantik seorang ketua bagi menguruskan perjalanan mereka.
Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tidak halal bagi tiga orang (walau) di padang pasir, kecuali mengangkat seorang di antara mereka sebagai amir.” (Riwayat Ahmad)
Hadis yang dikemukakan ini merupakan sebahagian daripada prinsip umum yang meletakkan agama Islam berkaitan dengan pemerintah. Manakala dari segi cara pelaksanaannya terserah kepada anggota masyarakat berasaskan kesesuaian, suasana dan perkembangan sosial budaya mereka.
Peralihan kuasa yang berlaku di negara kita baru-baru ini jelas menggambarkan satu kesepakatan dalam menetapkan pimpinan tertinggi negara. Dalam konteks memilih pemimpin agama memberi petunjuk, bukan saja bagi calon yang akan dipilih, tetapi juga bagi yang memilih, di samping memberi isyarat-isyarat tentang sifat-sifat yang hendaknya disandang oleh orang yang akan dipilih. Misalnya: Bagi yang akan dipilih, kepadanya diperingatkan bahawa:
Sesungguhnya ia (jawatan) adalah amanah dan sesungguhnya ia pada hari Kiamat menjadi (penyebab) kehinaan dan penyesalan, kecuali yang (bagi orang yang) menerimanya dengan hak dan menunaikan kewajipannya dalam amanah itu.
Sedangkan bagi yang memilih diingatkan bahawa: Sesiapa yang menugaskan seseorang dalam suatu kelompok dan dia menemukan dalam kelompok itu orang yang lebih disukai (lebih baik) daripada yang ditugaskannya, maka dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya, dan mengkhianati kaum mukmin.
Al-Quran sebenarnya telah memberi petunjuk secara tersurat atau tersirat dalam pelbagai aspek kehidupan umat manusia termasuklah dalam menentukan siapakah atau pimpin yang macam mana yang harus dipilih?
Sesungguhnya orang yang paling baik engkau tugaskan adalah yang kuat lagi dipercayai, demikian ucapan puteri Nabi Syuaib yang dibenarkan dan diabadikan dalam al-Quran, surah al-Qashash ayat 26.
Menurut Ibn Taimiyah (661-728H), al-Quran dan hadis juga mengisyaratkan bahawa seorang yang diberi amanat sebagai pemimpin mestilah memiliki dua sifat utama iaitu kekuatan dan kepercayaan kerana kedua-dua sifat inilah yang disebut oleh Allah s.w.t. dalam memilih malaikat Jibril menjadi pembawa wahyu (lihat al-Quran, surah al-Takwir, ayat 20).
Demikian juga pelantikan Nabi Yusuf a.s. sebagai ketua Perbendaharaan Kerajaan Mesir diabadikan oleh al-Quran, yang bermaksud:”Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf) seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami.” (Yusuf: 54)
Sejarah mencatat selama dua tahun tiga bulan masa pemerintahannya Abu Bakar hanya menghabiskan 800 dinar dari Baitulmal. Manakala Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah sering melakukan pinjaman dengan Baitulmal apabila gajinya tidak cukup untuk keperluan sehari-harinya. Pembiayaan yang begitu kecil digunakan bagi mengelola sebuah negara yang wilayahnya terbentang dari Mesir hingga Parsi. Betapa efisiennya sebuah pemerintah yang dipimpin oleh orang yang kuat lagi amanah (dipercayai).
Kedua-dua sifat yang dinyatakan ini tidak mudah berhimpun pada diri seseorang. Justeru apabila masalah mengenainya timbul maka alternatifnya ialah memilih yang lebih kuat walau dari segi agamanya lemah. Sebabnya kekuatan akan memperkukuh masyarakatnya, sedangkan kelemahannya dalam bidang agama tidak rugi kecuali dirinya sendiri. Nabi s.a.w. sering melantik Khalid bin Al-Walid sebagai panglima perang walaupun kadang-kadang dia melakukan perkara-perkara yang tidak direstui Nabi s.a.w. Manakala Abu Dzar Al-Ghafirri dinilai Nabi s.a.w sebagai:
Tidak ada (makhluk) yang ditampung oleh bumi atau (yang) dinaungi oleh langit lebih jujur ucapannya daripada Abu Dzar. Justeru Nabi tidak memberinya apa-apa jawatan tertinggi dalam sebuah jabatan kepada Abu Dzar yang warak itu.
Kekuasaan yang dimiliki oleh pemerintah adalah amanat yang amat penting kerana dalam semua kemudahan dalam hidup ini, yang paling mudah disalahgunakan ialah kekuasaan. Dalam bahasa asing ada istilah-istilah yang sering memperingatkan kita tentang bahaya kekuasaan seperti kekuasaan itu cenderung untuk curang, kekuasaan yang mutlak akan menjadi curang secara mutlak.
Dalam agama kita tidak diizinkan ada kekuasaan mutlak. Dalam bahasa Arab disebut sebagai thagut. Dan contoh thagut yang paling banyak disebut al-Quran ialah Firaun. Seperti firman Allah s.a.w kepada Musa a.s yang bermaksud:
”Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas.” (Taha: 24)
Kekuasaan tidak harus dibiarkan tanpa pengawasan. Pengawasan itu pula harus dilakukan oleh masyarakat.
Oleh MUHAMMAD QASIM


Bab 7 ; jenis jenis pencemaran
Jenis-jenis Pencemaran
Pencemaran Bunyi
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0YuX-gg1xubUNchVIK5586daYsvXQkfNSrYn_RrkqtSN6QU-G0uTlLbVxsvvvOKvGAs8QMnJWkSg0u3WdBnE-2KTA8xsbfMNs3Fnrfbb4YtH46mBXVii9qLn20cvF9K2Ya15KEhMlDo9W/s320/polusi_udara.pngPencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai.
                                                                                                          
Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai  bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan..

Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli  berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang  dikeluarkan.

Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi  adalah proses pembinaan  yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi  di dalam tanah demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara menunggu anak di sekitar sekolah .

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi .  Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku .

Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang negatif  ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada  kesan fisiologi dan kesan psikologi  . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .

Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .

Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi megawal masalah pencemaran bunyi di negara kita .

TAN MIN LIANG
205829

Pencemaran Udara
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEF346d0o_lfEY5R_YOuzaD8QQonVnZnUGxxhr4vJsj9jmYjYidachbCNBB1b7FBuEQNF9oDT525z1kJe90SvZBP-XLuidkM6fIFOfNZBxj92xb4oYPKsvyjmBe4PCcqIAeFmoRb7BQcse/s320/pencemaran-udara.jpg
Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas–gas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran  hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.
 Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya.
CHIN YOKE LIAN
205951

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

 Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri
Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap  pencemaran air ke tahap yang paling minimum .

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air.  2020.
TAN PING SIEN
206063


Pencemaran Tanah
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBnN__MEtWd7ol2UYPazcGIiuYhgDWjzKC3yLVHX0NJfB3HRl4BDxismANgu9L7TYLPHX27oiia_GEU5OQf2lYh3VBmLZC1SmS1jp1kN6_Pl3RkRBeyQWDdcRXbqzUoifVgNHfkNLTjfz7/s320/12838725e9.jpg
          Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan,  haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah.         
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia.
          Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Di samping itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.
          Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosakdan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
          Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.
          Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanahadalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan,  haiwan dan mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik.
CHONG CHUN JIAT
205841

https://www.google.com.my/search?q=i+malaysia+dalam+dasar+utama+kerajaan&oq=i+malaysia+dalam+dasar+utama+kerajaan&aqs=chrome..69i57j69i60l2.13344j0j4&sourceid=chrome&es_sm=93&ie=UTF-8

disediakan oleh Nur Farrahanum Binti Mohammad Abdillah
BAB 8 : PEMIKIRAN DAN PERLEMBAGAAN
KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MAlAYSIA
oleh  Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
 
LATAR BELAKANG SEJARAH

Raja dan rakyat negera Melaka mula memeluk agama Islam pada awal abad ke-15 Masihi. Bukti-bukti sejarah seperti penerapan idea-idea Islam dalam kehidupan mereka, agama Islam yang sangat dikenali rapat di kalangan masyarakat Melayu di Melaka serta orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dianggap masuk Melayu', jelas menunjukkan bahawa Islam telah bertapak kukuh sejak awal-awal lagi di Tanah Melayu.
Tun Salleh Abas (sila lihat :Tun Salleh Abas 1986. "Traditional Elements of the Malaysian Constituiion dlm Mohamed Sufflan, H.P. Lee &Trindade (ed.) 1978. The Constitution of Malaysia, Its Development 1957- 1977. Kuala Lumpur: Oxford University Press) telah menyebut bahawa Islam telah rnenjadi agama orang-orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Pada awalnya Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke India dan dan India Islam telah disebarkan ke Tanah Melayu pada abad ke-15. Sejak dan itu orang-orang Melayu telah diislamkan. Orang-orang Melayu telah berjuang dalam banyak peperangan menentang kuasa-kuasa penjajah, Portugis dan Belanda deini melindungi tanah air mereka di samping mempertahankan agama Islam. Manakala kuasa-kuasa penjajah tersebut selain ingin mengukuhkan kedudukan perdagangan mereka, cita-cita utama mereka ialah untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu.
Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874 merupakan titik tolak peluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu. Perjanjian antara Inggeris dengan peinimpin-peinimpin Melayu menghendaki peinimpin Melayu menerima seorang penasihat Inggeris di negeri Perak. Nasihat beliau perlu diininta dan diikuti dalam semua hal pentadbiran kecua]i perkara-perkara yang menyentuh agama dan adat resam orang-orang Melayu.
Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh peinimpin-peinimpin Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kesannya, pada akhir abad kesembilan belas kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu telah menerima penasihat Inggeris ini.
Perlembagaan bertulis yang pertama di Tanah Melayu, Perlembagaan Johor tahun 1895, telah menampakkan ciri-ciri keislaman. Satu peruntukan dalam perlembagaan tersebut menyebut bahawa pemerintah hendaklah seorang yang berbangsa Melayu, berketurunan diraja Johor dan beragama Islam. Perkara LVII perlembagaan itu menyebut bahawa agama Islam hendaklah sentiasa dan sepanjang masa menjadi agama negeri Johor.
Perlembagaan negeri Terengganu tahun 1911 juga bercirikan agama Islam. Satu daripada peruntukannya menghendaki bahawa raja negeri Terengganu seorang beragama Islam, berbangsa Melayu berketurunan diraja Terengganu. Perlembagaan itu juga menyebut bahawa Islam agama negeri dan tiada agama lain yang boleh dijadikan agama rasini negeri Terengganu.
Salah satu sebab berlaku penentangan terhadap penubuhan Malayan Union 1946 ialah kesan buruk terhadap kedudukan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal terutama sekali terhadap raja-raja sebagai ketua agama Islam di setiap negeri.
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menyediakan satu draf Perlembagaan Malaya yang merdeka pada awalnya tidak mencadangkan untuk menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan. Salah seorang anggotanya dan Pakistan, Hakim Abdul Hainid berpendapat bahawa satu peruntukan sebegitu rupa perlu diadakan. Draf terakhir yang dipersetujui tidak meinihak kepada mana-mana pendapat majoriti ataupun ininoriti. Tidak juga disebut bahawa negara ini sebuah negara sekular (sila lihat Ahmad Ibrahim 1987. "Islam and the Constitution . Kertas kerja persidangan "The Malaysian Constitution After 30 years . Fakuiti Undang-undang Universiti Malaya). Ini sama seperti apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia hari ini iaitu peruntukan Perkara 3 (I) yang menyebut bahawa;
Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

KESAN PERUNTUKAN PERKARA 3

Menurut Profesor Ahmad Ibrahim peruntukan ini antara yang penting dalam perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, telah berlaku banyak salah faham ten tang tafsirannya. Antara salah faham yang paling nyata ialah pendapat yang menyatakan bahawa setiap upacara rasini di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan agama Islam. Beliau berpendapat bahawa ini tidaklah benar kerana Perkara 3 memberi kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka. Lagipun terdapat banyak amalan agama Islam yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Islam sahaja seperti sembahyang dan sebagainya. Dan sini tidak timbul isu bahawa orang-orang bukan Islam rnesti melakukan amalan orang-orang Islam.
Perkara 3 secara nyata memberi jaininan kepada orang-orang bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan. Jika perkataan agama' merangkuini bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan keagamaan tetapi termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-penganut agama tersebut maka makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada agama Islam'. Islam bukan sahaja satu kepercayaan keagamaan dan upacara agama, tetapi satu cara hidup yang merangkuini semua aspek termasuklah undang-undang.
Melihat daripada perspektif undang-undang perlembagaan dan jika dirujuk secara keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia maka beberapa kesan boleh dilihat daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya:
Perkara 160 memberi definisi Melayu' sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Menurut Tun Salleh Abas Melayu' dan Islam' adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mengkehendaki rajanya seorang berbangsa Melayu beragama Islam dan dan keturunan diraja.
Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong beliau mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz, Wallahi, wabillahi, watallahi' yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam, (Perkara 37 dan jadual keempat Perlembagaan Persekutuan).
Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.
Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Is1am mereka mempunyai budibicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu' dan Islam' ialah dua entiti yang tidak holeh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am.
Dengan itu jelas bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri mempunyai peranan yang amat penting terhadap agama Islam. Baginda ialah,
Kepaia Utama Negara bagi Persekutuan yang mengambii keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan ...
(Perkara 32 fasal 1 Perlembagaan)
Perkara 4 fasal 1 memperuntukkan, Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu'.
Walau bagaimanapun peruntukan ini tidak menjadikan mana-mana undang-undang yang sedia wujud (sebelum Merdeka) batal walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan. Namun deinikian undang-undang tersebut boleh diubahsuai untuk diselaraskan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan (Perkara 162 fasal (6)). Apa yang boleh dipertikaikan ialah sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di dalam al-Quran dan Sunnah (Beliau berpendapat Perkara 4 merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja. Tapi tidak memberi kesan kepada undang-undang Syariah, undang-undang yang tidak bertulis dan yang telah wujud sejak sebelum Merdeka. Lih. Ahmad Ibrahim 1989. "ThePrinciples of an Islainic Constitution and the Constitution of Malaysia: A Comparative Analysis . IIU LawJournal 1:2 him. 1
Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang tentang perkara-perkara negeri (perkara-perkara perundangan dalam bidangkuasa negeri-negeri sahaja). Namun dalam hal ehwal agama Islam undang-undang hanya boleh dibuat setelah kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dirujuk.
Perkara 150 membenarkan Parlimen atau Yang di-Pertuan Agong meluluskan apa juga undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Walaupun begitu terdapat satu perlindungan yang penting dalam fasal (6A) iaitu kuasa ini tidak boleh diperluas dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu.

Sejauh Manakah Islam sebagai Agama Persekutuan Diamalkan dan Dilindungi

Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan, Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya .
Perkara 11 fasal (4) memperuntukkan, "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.
Untuk tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama-agama lain di kalangan orang Islam. Inisalnya negeri Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987. Kedah, Melaka dan Selangor meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun 1988. Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk menukar agama; menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama Islam; mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam; menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam; dan mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di tempat awam.(sila lihat Non-Islam Religious (control of Propogation among Muslims) Enactment, 1988, Selangor (No. 1 of 1988) lih. seksyen 4, 5, 6, dan 8.

Perkara 13 fasal (2) memperuntukkan;
Tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada perbezaan semata-mata undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeni menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.
Untuk tujuan ini seksyen-seksyen 36 dan 37 Akta Pendidikan 1961 menghendaki sebarang sekolah yang menerima bantuan kerajaan menyediakan dan mengajar pelajaran pengajian Islam dengan syarat jumlah pelajar-pelajar yang layak mempelajarinya tidak kurang daripada 15 orang.
Undang-undang Islam pada dasarnya adalah di bawah bidangkuasa Dewan Undangan Negeri. Namun begitu perkara dalam bidangkuasa mereka sangatlah terhad. Antaranya ialah dalam hal ehwal keluarga, nikah, cerai, penjagaan anak, harta sepencarian, harta pusaka, wakaf dan beberapa perkara lain (lihat Senarai II, Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan). Bidangkuasa jenayah hanyalah merangkuini kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam; kecuali tentang perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan (di mana Parlimen mempunyai bidangkuasa). Apa yang nyata ialah bidangkuasa ini hanya ke atas orang-orang Islam dan tidak termasuk semua aspek perundangan.

Pandangan Mahkamah terhadap Undang-imdang Islam
Mahkamah di zaman penjajahan Inggeris menerima hakikat bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang asal di Tanah Melayu. Inisalnya dalam kes Ramah lwn Laton ((1927)6 FMSLR 128. Mahkamah menyebut undang-undang Mohammedan tetapi perkataan yang tepat ialah undang-undang Islam atau Syariah. Keputusan kes ini telah disokong dan diikuti oleh kes-kes Fatimah lwn Haji lsmail (1939] MU 134 dan Tengku Mariam (1969), MU 110) telah diputuskan bahawa undang-undang Mohammedan bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan dan mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman kepada undang-undang Islam.
Keputusan mahkamah yang terbaru memberi pandangan yang berbeza. Dalam kes Che Omar bin Chee Soh lwn Pendakwaraya ((1988) 2 MU 55 (Mahkamah Agong) dua orang telah merayu bahawa hukuman mati di bawah Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah dan di bawah Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) kerana meiniliki senjata api adalah batal kerana ia bertentangan dengan undang-undang Islam. Ini kerana kesalahan ini tidak termasuk dalam kategori hudud atau qisas dan oleh itu bertentangan dengan undang-undang Islam dan menyalahi perlembagaan.
Mahkamah Agong dalam keputusan mereka menerima bahawa Islam di bawah Perkara 3 ialah agama Persekutuan dan bukan sahaja terdiri daripada upacara dan ibadat sahaja' tetapi ia juga satu cara hidup yang sempurna merangkuini semua bidang kegiatan manusia sama ada persendirian, umum, perundangan, politik, sosio-kebudayaan, moral atau kehakiman. Menurut YAH Tun Salleh Abas, ini bukanlah yang dimaksudkan oleh mereka yang merangka perlembagaan. Mereka berpendapat Islam hanyalah merangkuini aspek kehidupan yang sempit iaitu undang-undang mengenai perkahwinan, perceraian dan harta pusaka sahaja. Jika niat dan pendapat mereka seperti apa yang kita faham dan inginkan maka sudah tentu satu peruntukkan khas telah dimasukkan di dalam perlembagaan yang memperuntukkan bahawa apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka undang-undang itu batal. Pihak merayu juga mengatakan bahawa undang-undang Islam telah lama wujud sebelum merdeka dan dengan itu mana-mana undang-undang am di Malaysia mestilah mengikut dan selaras dengan undang-undang Islam. Mahkamah menolak cadangan ini dan menegaskan ia bercanggah dengan perlembagaan dan sejarah perundangan persekutuan dan juga akta undang-undang sivil yang memperuntukkan penerimaan undang-undang Inggeris ke negara ini.

Profesor Ahmad Ibrahim dalam komen beliau tenting kes ini menyebut,
"Apa yang rnenyedihkan ialah Mahkamah Agong nampaknya bersedia menerima hujah bahawa perkataan Islam' yang terdapat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan hendaklah difahamkan sebagai meliputi hanya perkara-perkara yang berhubung dengan upacara dan istiadat agama sahaja. Telah dikatakan bahawa inilah makna yang dimaksudkan oleh pihak yang merangka perlembagaan itu dan Ia adalah akibat pemerintahan tidak langsung oleh British dalam masa penjajahan dahulu dan wujudnya institusi-institusi sekular. Apakah kita masih terikat dengan kedudukan masa penjajah itu sedangkan kita sudah mencapai kemerdekaan? (sila lihat Ahmad Ibrahim 1989. "Undang-undang Islam di Mahkamah Sivil .Kertas kerja yang dibentangkan dalam simposium "Pindaan Perlembagaan Malaysia: Implikasi Undang-undang. Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya)
Dalam satu kes yang dianggap kontroversi, Mahkamah Tinggi berhadapan dengan masalah interpretasi Perkara 12 fasal (3) dan fasal (4) Perlembagaan Persekutuan (In re Susie Teoh [1986] 2 MU 228. Fasal (3) memperuntukkan,
Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran rnengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
Sementara Perkara 12 fasal (4) menyebut, "Bagi maksud fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya .
Dalam kes ini seorang gadis bukan Islam yang berumur 17 tahun telah diislamkan oleh seorang kadi tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya. Bapanya telah membawa tuntutan ke mahkamah memohon satu pengisytiharan bahawa penganutan itu tidak sah kerana menurut undang-undang dan perlembagaan seorang bapa dan penjaga berhak menentukan agama, pelajaran dan asuhan anaknya. Mahkamah merujuk kepada Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mengatakan bahawa dalam Perkara 11 fasal (1) perkataan tiap-tiap orang' merujuk kepada bahawa kebebasan beragama terpakai kepada semua orang tanpa mengira umur asalkan orang tersebut sempurna akal dan berupaya membuat keputusan. Semasa memeluk Islam gadis itu berumur 17 tahun 8 bulan dan pada rnasa itu beliau berupaya membuat keputusan sendiri untuk melaksanakan haknya di bawah perlembagaan untuk bebas mengamalkan agama pilihan beliau.
Mahkamah juga merujuk Perkara 12 fasal (3) dan fasal (4). Mahkamah menekankan kedua-dua fasal ini hendaklah dibaca bersama. Fasal (3) melarang seseorang diwajibkan menerima ajaran-ajaran, mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama lain. Sementara fasal (4) memperuntukkan bagi tujuan fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.
Mahkamah mengatakan bahawa daripada fakta kes dan keterangan yang diberi tiada apa yang menunjukkan bahawa gadis tersebut telah diwajibkan untuk menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama selain agamanya sendiri. Perkara diwajibkan' mempunyai elemen paksaan tetapi dan keterangan langsung didapafi tiada wujud paksaan atau unsur-unsur sebegitu yang dikenakan terhadap gadis tersebut.
Pihak menuntut menegaskan dengan menghendaki anak gadisnya melafazkan dua kalimah syahadah ialah satu perbuatan diwajibkan' seperti yang dilarang oleh fasal (3) Perkara 12. Mahkamah mengatakan bahawa ia kehendak upacara tersebut tetapi bukan satu syarat untuk mengambil bahagian dalam upacara itu. Tambahan lagi tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa gadis tersebut dipaksa untuk memeluk Islam seperti yang dibuktikan dalam kenyataan bersumpah beliau yang mengatakan bahawa beliau memeluk Islam dengan rela hati tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.
Mahkamah Agong dalam keputusan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu menolak penafsiran Mahkamah Tinggi tentang Perkara 12 fasal (3) dan (4). Mahkamah Agong menegaskan fasal (4) adalah nyata iaitu agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun mesti ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. Namun kedudukan gadis itu tidak disentuh kerana beliau sekarang sudah pun berumur lebih 18 tahun dan telahpun memeluk Islam dengan sukarela. Dan adalah tidak adil untuk memberi keputusan sebaliknya.
Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaluddin bin Othman ([1989] 1 MU 398) responden telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana dikatakan terlibat dalam satu rancangan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu. Beliau dikatakan terlibat dalam khemah-khemah kerja dan seminar untuk tujuan tersebut. Beliau dikatakan juga telah berjaya mengkristiankan' enam orang Melayu. Beliau memohon untuk dibebaskan atas alasan Perkara II memberi hak menganuti dan mengamalkan agamanya. Mahkamah memutuskan bahawa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tidak mempunyai bidangkuasa memerintahkan penahanan responden di bawah ISA kerana Perkara II memastikan seseorang itu mempunyai kebebasan beragama. Rayuan telah dibuat ke Mahkaniah Agong. Mahkamah Agong menegaskan bahawa dengan hanya melibatkan diri dalam seininar dan khemah kerja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu satu ugutan kepada keselamatan negara dan ini di luar skop ISA. Akta Keselamatan Dalam Negeri diluluskan untuk menghalang serta menghapuskan elemen-elemen subversif dan perbuatan-perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan negara. Kes ini tidak termasuk dalam skop undang-undang itu, Mahkamah telah memerintahkan responden dibebaskan. Walau bagaimanapun HB Hasliim Yeop Sani menegaskan:
Kebebasan beragama dan mengamalkan agama masing-masing mestilah tidak dijadikan satu kebenaran untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang atau melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan atau mengancam keselamatan negara.
Mahkamah sepatutnya memberi penekanan yang lebih khusus kepada makna mengembangkan' agama lain di kalangan orang-orang Islam seperti yang dilarang oleh Perkara 11 fasal (4) terutama kepada interpretasi peruntukan-peruntukan Perkara 11 ini. Namun begitu oleh sebab isu utama ialah penahanan di bawah ISA, sama ada sah atau tidak maka persoalan yang boleh timbul di bawah Perkara 11 tidak menjadi begitu penting. Adalah diingatkan di sini bahawa jika kes ini berlaku di negeri-negeri lain yang mempunyai undang-undang khas melarang pengembangan dan penyebaran agama lain di kalangan orang-orang Islam, maka responden boleh dibicarakan kerana melanggar enakmen negeri.
Dalam satu keputusan yang agak baru iaitu Overseas Investment Pte. Ltd. lwn Anthony William 0’Brien Anor ([1988] 3 MLJ 332) kedudukan yang sewajarnya telah diberikan kepada prinsip Islam. Dalam kes ini O'Brien, yang telah memeluk agama Islam berhutang sejumlah besar wang dengan syarikat plaintif. Syarikat itu telah membuat permohonan untuk menuntut kembali jumlah wang itu dengan cara perintah tahan dan jual (writ of seizure and sale). Pihak berkuasa mahkamah telah merampas beberapa perabot rumah yang diduduki oleh O'Brien. Isteri O'Brien menuntut bahawa perabot-perabot tersebut adalah harta milik bersama semasa perkahwinan dan menuntut hak ke atas perabot-perabot itu. Isteri O'Brien telah berjaya mengemukakan beberapa resit pembelian dan akibatnya beberapa perabot telah dikembalikan. Beberapa perabot lain telah dijual dan isteri O'Brien telah merayu ke Mahkamah Tinggi memohon ganti rugi terhadap perabot-perabot yang telah dijual itu. Mahkamah Tinggi bersetuju bahawa beliau berhak atas dasar harta sepencarian dan memutuskan doktrin harta sepencarian dalam undang-undang Islam terpakai.
Keputusan kes ini menunjukkan bahawa Mahkamah Sivil hersedia menggunakan prinsip undang-undang Islam bila kes itu menghendakinya dan sekirarsya bersesuaian. Namun begitu apa yang nyata ialah mahkamah masih lagi terikat dengan pendapat hakim-hakim Inggeris sebelum merdeka yang menganggap bahawa Islam hanyalah dalam hal nikah, cerai, harta pesaka dan wakaf sahaja. Satu pendekatan yang berlainan sepatutnya diambil untuk memberi tempat yang sepatutnya kepada Islam sebagai agama Persekutuan.

Pindaan kepada Perkara 5 dan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan
Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 memberi nafas baru khususnya kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa yang selaras dan setaraf. Fasal (IA) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan memperuntukkan, "Mahkamahmahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah .
Kesannya ialah apa jua yang di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan seperti dalam soal harta pesaka, penjagaan kanak-kanak (hadanah) dan sebagainya. Namun begitu jika dilihat dengan lebih mendalam bidangkuasa Mahkamah Syariah sangatlah terhad. Ia hanya mempunyai bidangkuasa ke atas orang yang beragama Islam dan clalam perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Syariah dengan itu tidak mempunyai bidangkuasa ke atas pihak-pihak yang bertikai yang salah seorangnya bukan Islam. Misalnya, dalam soal hadanah jika ibunya seorang bukan Islam dan bapanya seorang Islam, perkara ini masih boleh dibawa ke Mahkamah Sivil dan diputuskan di situ. Dalam Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Mahkamah Sivil diberi kuasa untuk membenarkan perceraian jika pihak pada perkahwinan tersebut yang dijalankan bukan secara Islam, telah memeluk agama Islam dan pihak yang satu lagi yang tidak memeluk agama Islam boleh membawa petisyen ke mahkamah (lihat Ahmad Ibrahim 1989. "The Amendment to Article 121 of the Federal Constitution its effect of Adininistration of Islamic Law , [1989] 2 MU XVII.
Apa yang tidak diperuntukkan oleh pindaan tahun 1988 itu ialah kenaikan taraf Mahkamah Syariah dalam bidangkuasa jenayah. Pada amnya Parlimen mempunyai bidangkuasa jenayah yang luas dibandingkan dengan Dewan Undangan Negeri kerana Dewan Undangan Negeri seperti yang dirujuk sebelum ini hanya berkuasa membuat undang-undang bagi menghukum kesalahan-kesalahan orang-orang Islam terhadap agama Islam kecuali apajua perkara yang telah diperuntukkan dalam senarai Persekutuan (Jadual Kesembilan Senarai I).
Dengan itu jika seorang lelaki dengan seorang perempuan ditangkap berkhalwat dan salah seorang daripadanya bukan Islam maka yang bukan Islam akan bebas danpada tuduhan.
Di bawah Akta Mahkamah-mahkamah Islam (Bidangkuasa Jenayah) 1965, pindaan 1984 bidangkuasa mahkamah hanya meliputi kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih daripada RM5000.00, rotan yang tidak melebihi 6 kali atau kombinasi mana-mana daripada hukuman tersebut. Bidangkuasa ini terlalu kecil dibandingkan dengan kuasa Majistret kelas pertama yang boleh menghukum sehingga 10 tahun penjara, denda sehingga RM1O 000.00, rotan sehingga 12 kali atau mana-mana kombinasi hukuman di atas.
Pindaan kepada Perkara 5, memberi pengiktirafan yang lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah. Satu proviso baru telah dimasukkan ke dalam fasal (4) Perkana 5 untuk Mahkamah Syariah iaitu:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam fasal ini mengenai seorang Majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim Mahkamah Syariah.
Dengan pindaan ini seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah akan mendapat hak-hak yang sama yang diberi kepadanya sekiranya beliau dibicarakan di Mahkamah Majistret. Kesannya ialah jika beliau ditahan untuk tujuan ini beliau hendaklah dibawa ke hadapan bakim Mahkamah Syariah dalam masa 24 jam dan masa ditangkap tanpa kelengahan yang tidak munasabah. Jika ingin ditahan lebih lanjut lagi, kebenaran hakim Mahkamah Syariah hendaklah dipohon. Sekurang-kurangnya pindaan Perkara 5 menjadikan kuasa hakim Mahkamah Syariah setaraf dengan kuasa seorang Majistret.
Menurut Profesor Ahmad Ibrahim;
Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ini telah memberi kuasa yang lebih luas dan memberi lebih kebebasan kepada Mahkamah Syariah dan adalah diharapkan kuasa-kuasa ini dijalankan dengan sempurna dan berlandaskan ajaran-ajaran al-Quran:
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi melihat.
(Surah An Nisa’: 58)
Seterusnya Profesor Ahmad Ibrahim menyatakan;
Satu cara pendekatan lain kepada Perlembagaan Malaysia ialah dengan cara yang lebih positif iaitu dengan menerimanya dan mencuba sedaya upaya kita untuk mempertahankan prinsip-prinsip sebuah negara Islam. Penerimaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dapat dicapai melalui perundingan dan kompromi yang dicapai oleh semua kaum di Malaysia. Kita seharusnya menghormati perjanjian yang berdasarkan persefahaman dan persahabatan di antara pelbagai kaum. Pada masa yang sama kita mesti cuba untuk memikirkan dan melakukan perkara yang positif supaya menjadikan perlembagaan dengan cara tertentu dapat mempertahankan prinsip-prinsip kerajaan Islam dengan mengambil kira hak-hak kepentingan semua kaum di Malaysia. (sila lihat Ahmad Ibrahim 1989. " The Princples of an Islamic Constitution and the Constitution of Malaysia:A Comparative Analysis . dlm. IIU Law Journal l:2 hlm. 3
http://tayibah.com/eIslam/kedudukan_undang_islam.php

disediakan oleh Nur Farrahanum binti Muhammad Abdillah