Monday, 27 October 2014

MUQADIMAH PENGAJIQAN MALAYSIA

NAMA KUMPULAN : GADIS SEJARAH DPM1B 2014


SELAMAT MELAWATI BLOG KAMI..SEMOGA ANDA MENEMUI SEJARAH MALAYSIA YANG BELUM ANDA KETAHUI,

ULASAN BERKAITAN SEJARAH

ULASAN BERKAITAN SEJARAH 



       Akhir kata  kita perlu mepelajari berkaitan dengan sejarah malaysia ..supaya kita dapat melahir kan rasa cinta dn dapat mengenali sejarah negar kita. Bukan itu sahaja kita juga perlu mengenali tokoh negara dan mengetahui apa yang telah terjadi pada negara Malaysia supaya kita mampu mentadbir negara mengikut kepimpinan yang betul.Oleh itu, jom baca blog MYTEAM PENGAJIAN MALAYSIA. Ia pasti memebantu anda semua mengetahu sejarah Malaysia.

Sunday, 28 September 2014

BAB 2 : PERJUANGAN KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar.  Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang.
Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.
Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’.
Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.
Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.
Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan  rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.
Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta.
http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/sejarah/perjuangan-kemerdekaan

disediakan oleh Roshahida binti Abdullah

BAB 7 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA


BAB 7 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

SUMBER : KEMENTERIAN LUAR NEGERI
DASAR LUAR NEGARA
PENGENALAN DASAR LUAR NEGARA
Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan  tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan  asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya.Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut.
DEFINISI DASAR LUAR NEGARA
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan.OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA
Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di peringkat antarabangsa.
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA

Salah satu prinsip Malaysia ialah ′menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan.Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara tidak langsung perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.

disediakan oleh Roshahida binti Abdullah
OBJEKTIF


  • dapat membina jati diri dan menanam semangat cintakan tanah air
  • mengetahui lebih mendalam sejarah negara
  • berkongsi maklumat mengenai sejarah negara
  • mengetahui pelbagai rintangan yang dihadapi dalam mencapai kemerdekaan
  • sentiasa menjaga dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi daripada titik peluh pejuang 

ISU ISU KEPRIHATINAN NEGARA 


Kepekaan terhadap isu mendorong usaha diambil ringankan beban ummah tertindas

BARU-baru ini masyarakat Islam dikejutkan dengan peristiwa serangan tentera Israel terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza, Palestin. Akibatnya, pertumpahan darah dan kecederaan berlaku kepada sebahagian sukarelawan yang menyertai misi itu. Tragedi ini adalah antara sebahagian isu utama dalam dunia Islam hari ini. Sesungguhnya, ia harus menjadi subjek keprihatinan seluruh masyarakat Islam terutama generasi muda dan belia Islam. Seperti kita sedia maklum, persoalan penjajahan bumi Palestin oleh Israel sudah berlarutan hampir lebih 50 tahun.

Hingga hari ini, jalan penyelesaian terhadap persoalan ini masih buntu. Beberapa usaha damai sebelum ini tidak mencapai penghujung. Umat Islam kini amat kecewa. Di samping isu penjajahan bumi Palestin ini, beberapa negara Islam lain juga masih bergelut dengan pelbagai permasalahan. Masyarakat Islam masih berdepan kemelut perseteruan antaranya di Chechnya, Kashmir, Mindanao dan Pattani di Selatan Thailand. Di Somalia pula masih bergelut dengan permusuhan dalaman yang tidak berkesudahan.

Semua ini adalah antara sebahagian isu semasa yang sedang dihadapi dunia Islam hari ini yang menuntut keprihatinan kita semua. Kita patut bersyukur melihat semangat kepekaan masyarakat Islam di negara ini terhadap persoalan penjajahan bumi Palestin dan penderitaan umat Islam di sana. Kepekaan yang tinggi ini memungkinkan banyak daya usaha dapat kita lakukan bagi membantu meringankan beban kehidupan yang ditanggung oleh mereka.  Di dalam kita meningkatkan tahap kepekaan dan keprihatinan mengenai permasalahan Palestin, kita juga perlu, pada masa sama memulakan usaha kita untuk mendalami kefahaman kita dan meningkatkan keprihatinan kita juga terhadap isu di beberapa negara di dunia Islam lain.
Dengan meningkatkan keprihatinan kita mengenai isu-isu ini, ia akan membantu kita di dalam memahami permasalahan dunia Islam secara keseluruhan. Pada pandangan saya, kefahaman secara menyeluruh mengenai isu dunia Islam ini penting kerana ia akan memandu daya usaha kita secara lebih strategik di dalam menyumbang kepada penyelesaian terhadap semua permasalahan dan cabaran yang didepani.

Secara umumnya, sumbangan penyelesaian kita terhadap permasalahan dunia Islam ini boleh dipecahkan kepada dua pendekatan iaitu menerusi penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Penyelesaian bersifat jangka pendek perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Usaha mengirim bantuan kemanusiaan yang dijayakan oleh pertubuhan seperti Lifeline4Gaza dan Pertubuhan Yayasan Perdana Misi Kemanusiaan adalah antara contoh yang patut diberi pujian dan dokongan.

Usaha lain yang perlu diteruskan ialah langkah memberi tekanan dari sudut perundangan antarabangsa, memperluaskan rangkaian pendukung dan sukarelawan di kalangan masyarakat Islam dan antarabangsa serta memperhebatkan kempen kesedaran masyarakat awam mengenai pelbagai permasalahan yang sedang berlaku.

Selepas ini, daya usaha itu perlu diperluaskan kepada negara Islam lain yang juga sedang berdepan pelbagai masalah. Di samping penyelesaian jangka pendek ini, kita juga perlu menumpukan usaha kita di dalam memberi penyelesaian bersifat jangka panjang. Pada saya, permasalahan yang sedang dialami dunia Islam hari ini perlu ditangani menerusi pendekatan peradaban.

Ini bermaksud, penyelesaian mengenai isu ini harus didepani secara berkumpulan oleh seluruh negara Islam yang mewakili sebuah peradaban besar dan tersendiri. Penyelesaiannya tidak boleh ditangani secara khusus oleh beberapa negara Islam tertentu saja.  Penyelesaian menerusi pendekatan ini menuntut persediaan yang pelbagai dan bersifat menyeluruh. Bagi umat Islam, harapan mereka banyak tergantung kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebagai organisasi induk mewakili seluruh dunia dan peradaban Islam. Pada saya, OIC masih menjadi organisasi paling strategik dan ideal bagi menjalankan cita-cita dan harapan ini.

Namun, sebagaimana kita semua ketahui, untuk setakat hari ini, OIC sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili seluruh dunia Islam masih belum mampu berfungsi sehingga tahap yang paling maksimum di dalam menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini.

Keadaan ini terjadi kerana pelbagai hambatan dan kekangan organisasi itu sendiri selain kepemimpinan yang harus ditangani terlebih dulu. Sekiranya demikian keadaannya, maka kita semua perlu memberi tumpuan di dalam menyumbang ke arah peningkatan keupayaan pertubuhan ini. Usaha pengupayaan ini harus dimulakan dengan langkah mengenal pasti hambatan yang didepani oleh OIC terutama daripada aspek kecekapan dan keberkesanan.

Sebagaimana tabiat organisasi manusia yang lain, pada saya, tumpuan proses pengupayaan harus dimulakan dengan memperkenalkan satu model organisasi yang sesuai dengan realiti dunia Islam semasa, menampilkan barisan kepemimpinan pertubuhan yang berkesan dan diyakini, merangka perancangan jelas dan menyeluruh serta meningkatkan tahap kerjasama serta permuafakatan di dalam pelbagai bidang.

Dalam hal ini, peranan negara Malaysia perlu lebih ke hadapan dalam usaha pengupayaan pertubuhan berkenaan. Ini kerana faktor sumber daya manusia yang kita miliki serta sikap masyarakat yang berpandangan positif terhadap masa depan. Kedua aspek ini adalah asas penting dalam menjayakan sebuah organisasi dunia seperti OIC yang amat kompleks dari segi perwatakan dan perwakilannya.  Menerusi pendekatan jangka pendek dan panjang yang disusun secara teratur dan dilaksanakan secara berhikmah, kita yakin akan dapat menyumbang kepada penyelesaian pemasalahan dunia Islam semasa pada hari ini secara keseluruhan dan berkekalan.

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Sumber: http://www2.bharian.com.my/articles/KemelutduniaIslamperluditangani/Article/
ULASAN
      Hubungan antarabangsa bagi negara Malaysia bukanlah suatau perkara yang baharu kerana Tanah Melayu telahpun mengadakan hubungan yang baik dengan beberapa buah negara pada masa dahulu seperti China, India, Timur Tengah, Jepun dan sebagainya. Setiap negara mempunyai kelebihan tersendiri justeru itu Malaysia perlu bijak mengatur strategi bagi memastikan setiap hubungan luar negara memberi faedah kepada pembangunan negara
CONSTITUTION OF MALAYSIA

Constitution of Malaysia, also known as the Federal Constitution. Malaysian Constitution is a written legal document that formed the basis of two previous documents of the Federation of Malaya Agreement 1948 and the 1957 Independence Constitution Malaysian Constitution was drafted based on the advice of the Reid Commission had conducted a study in 1956 of the Constitution takes effect immediately after independence on August 31, 1957.



agong

The concept of the height of the Constitution are as follows: - 


• Federal Constitution is the supreme law;
• Be a source of all law;
• There is no institution in Malaysia which can overcome the power and the Constitution;
• All laws can not be contrary to the Constitution;
• The Court has the authority to cancel any law passed by Parliament if contrary to the Constitution
• Although the Yang di-Pertuan Agong is the head of state, but he is also subject to the Constitution.


The Constitution established the following purposes, namely: - 


• Establish a fair form of government;
• Prevent the abuse of power by the government;
• Controlling the movement of government and people;
• tools to solve problems;
• Ensuring the history of nation states; and
• Ensuring the security and stability of the country.


Article 131 of the Malaysian Constitution contains a touching various aspects of the rule. The Constitution also contains 16 Part. The sections are: - 

Part I: The States, Religion and the Law for the Federal 
Malaysia is a federation which consists of thirteen states and three Federal Territories. Recognized Islam as the federal religion, but other religions may be practiced in peace and harmony. The Constitution is the supreme law of the federation. Any law that is not in accordance with the Constitution is invalid.

Part II: Human Rights 
This part sets out the fundamental freedoms that we have; the right to life and liberty; freedom from slavery and forced labor; equality before the law; freedom of movement; freedom of speech, assembly and associates; freedom of religion; right to education; and the right to own property.

Part III: Citizenship 
One is a citizen of Malaysia by way; was born here; married to a Malaysian man or have one parent citizen; stay legally in the country for a period of time. Part III also specifies how an
may terminate and deprived of citizenship.

Part IV: Federal 
This section provides a guide to the system of government in Malaysia. Head of federal Yang di-Pertuan Agong is elected by the Conference of Rulers for five years. Rulers composed of all the Kings states and also the President of the states that do not have a King. Part IV also created the Cabinet and the Prime Minister's Office. This section also establishes the parliament consisting of the Yang di-Pertuan Agong and the two Houses of Parliament, known as the House of Representatives and the Senate.

Part V: State-State 
Each state has its own constitution and legislature known as the State Legislative Assembly. State Assembly has the power to enact certain laws. Rulers and Yang Di-Pertua Negeri shall have the right and privilege respectively. Part VI: Relations with the States of the Federal Division state division of powers between the federal and the states. There are things that allow the Parliament to enact laws and there are things that allow the State Assembly to enact laws. There are certain things in which both can make laws.

Part VII: Financial Provisions 
Part VII states that the government can not impose taxes or spend money except by authority of law.

Part VIII: Elections 
Part VIII states our rights as citizens to vote for our leaders. Body assigned to conduct all elections and providing electoral known as the Election Commission. The Election Commission is appointed by the Yang di-Pertuan Agong.

Part IX: Judiciary 
Part IX establish the judicial system in Malaysia and express the things that can and can not be determined by the courts in Malaysia. Part IX also noted how the judges of the High Court, Court of Appeal and the Federal Court appointed.

Part X: Public Services 
This section identifies the civil service in Malaysia, including the police, military and educational services. It also includes members of the public service as a service to the ministry and federal governments and the states. Appointment, promotion and dismissal of civil servants is determined by the "Commissions" and members of the Commissions are generally appointed by the Yang di-Pertuan Agong. Part X also created the Office of the Attorney General.

Part XI: Special Powers Against Subversion, Organised Violence and Criminal Acts And Prejudicial to the Public and Emergency Powers. 
Parliament has the power to enact laws that can turn the other rights in the Constitution during an emergency or for reasons of public safety.

Part XII: General and Miscellaneous 
Malay is the national language. Yang di-Pertuan Agong is responsible for maintaining the special position of the Malays and natives of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of the communities
other. This section also specifies how amendments can be made to the Constitution.

Part XIIA: Additional Protections For Sabah and Sarawak. 
There are special provisions for Sabah and Sarawak, for example reservation of land for the indigenous natives of Sabah and Sarawak.

Part XIII: Provisional and transitional 
This section explains how the law enacted before independence remains in force until Parliament enact a new law to replace them.

Part XIV: Exception To The Rule, etc.., & The Kings
Sovereignty, power, and authority perogratif Kings kept in Part XIV.

Part XV: Proceedings Against the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers.
Under Part XV, proceedings by or against the Yang di-Pertuan Agong or the Rulers should be brought before the "Special Court".


ULASAN:

Malaysian Constitution has two documents Federation of Malaya Agreement 1948 and 1957 Independence Constitution of a document written law the 1957 Independence Constitution in force immediately after its independence on August 31 1957.Perlembagaan Federation is the supreme law plan in being the source of all law -undang.Tiada law can be countered by the Constitution and the courts have the power to cancel any law passed by Parliament if the conflict with Malaysia Perlembagaan.Di no other institution can overcome the power and the Constitution.

Source: Book of Malaysia in 2009, Official Year Book
Department of Information of Malaysia